BONSAI PHOTOSTUDIO
(KT0259865-V)

4128-G, Tingkat 2,
Jalan Sultan Yahya Petra,
15200, Kota Bharu,
Kelantan.
OFFICE : +609.7448.748
MOBILE : +6019.211.46.96 / +6019.954.45.69
EMAIL : admin@bonsaiphotostudio.com





Archive: ‘People’



Yasmin & Amar | Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur

Tuesday, January 12th, 2010

Majlis yang sederhana tetapi cukup meriah dengan lokasi yang amat menarik dengan pasangan pengantin yang havoc habis! tapi kantoi jugak ke’gangster’an Min apabila x dapat tahan kesedihan dia bila menitiskan air mata tatkala memeluk mamanya sesudah dia bergelar seorang isteri. Maklumlah, anak bongsu. ;) Yasmin & Amar ni study bersama di Kolej Komuniti Kuantan, Akhirnya bertemu jodoh dan melangsungkan perkahwinan. Tahniah buat korang berdua. Terima kasih buat Min & Amar kerana memberi layanan yang cukup selesa untuk kami sepanjang 3 hari di Kuala Lumpur. Terutama sekali kepada mama Yasmin dan keluarga yang cukup ramah.. berikut adalah gambar secara random majlis pernikahan mereka.




Yanie & Halim

Sunday, January 3rd, 2010

Haiza & Jai | Pasir Mas, Kelantan

Monday, December 21st, 2009

Majlis pertunangan antara Nurul Haiza & Asrisal yang berlangsung pada 19 Disember 2009 di rumah Haiza di Pasir Mas, Kelantan. Team kami (Fakhrul & Arif) turun bersama seorang lagi rakan kami iaitu Mr Junaidi seawal jam 10 pagi ke lokasi. Keadaan cuaca yang pada mulanya tidak berapa mengizinkin apabila hujan mula turun rintik-rintik. Tapi nasib baiklah tidak lama. Asrizal berasal dari Selangor, manakala Haiza pula berasal dari Kelantan. Selepas di soal selidik serba sedikit tentang mereka, kata Haiza mereka sama-sama belajar di UiTM Shah Alam. Haiza sekarang ialah seorang graduan dalam bidang farmasi manakala Jai pula bidang kejuruteraan. Mereka mula mengenali antara satu sama lain ketika sama-sama menyertai Biro Tata Negara. Agaknya, waktu itulah Jai berkenan kat Haiza ni kot. hehe. Sama cantik sama padan, harapnya berkekalan sampai ke hari perkahwinan yang dijangkakan berlangsung pada bulan Mei 2010. Semoga berjumpa lagi kalian berdua ya! ;)

photo by : Fakhrul Haqimi, Arfi Sha’ari & Junaidi (http://monsoon.fotopages.com)

Related Posts with Thumbnails