FAQ
Siapa Bonsai Photostudio?
Bonsai Photostudio adalah sebuah syarikat berasaskan fotografi yang dianggotai 2 anak muda yang berjiwa besar untuk maju dalam bidang yang diceburi iaitu Arif Sha’ari (Fotografer) & Bard Zain (Consultant). Kami menawarkan servis fotografi seperti majlis perkahwinan, studio, majlis keraian, makan malam, potret, korporat, produk dan sebagainya yang berkaitan dengan fotografi. Bonsai Photostudio dibuka secara rasmi pada 25 Julai 2009. Fotografer-fotografer kami sudah berpengalaman hampir 3 tahun dalam bidang ini dan banyak menyertai kursus-kursus berkaitan fotografi sebelum mebuka Bonsai Photostudio. Bonsai Photostudio adalah berdaftar dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan No. Pendaftaran KT0259865-V
Apakah keutamaan bidang fotografi Bonsai Photostudio?
Keutamaan kami ialah dalam bidang fotografi perkahwinan dan studio. Namun begitu kami juga menerima job-job lain yang berkaitan fotografi.
Apakah keistimewaan yang ada pada Bonsai Photostudio?
Keistimewaan kami ialah pada gambar-gambar dan cara pengurusan kerja kami. Kami komited untuk melakukan yang terbaik untuk anda. Keutamaan kami ialah kepada kualiti. Melalui gambar, kami bercerita tentang emosi dan suasana sewaktu majlis tersebut belangsung. Kami tidak terikut-ikut dengan mana-mana fotografer lain samada melalui gambar atau cara persembahan.
Apakah stail gambar Bonsai Photostudio?
Stail gambar-gambar kami adalah bercirikan moment, candid dan beremosi. Mengikut kepada peredaran masa dan trend-trend gambar sekarang, kami lebih mementingkan kepada gambar-gambar bercirikan moden dan fresh.
Bonsai Photostudio berpengakalan di mana?
Bonsai Photostudio berpengkalan di Kota Bharu, Kelantan. Boleh rujuk peta lokasi di SINI
Adakah Bonsai Photostudio menerima job luar dari Kelantan?
Ya, setakat ini Bonsai Photostudio menerima job dari seluruh negeri Semenanjung Malaysia. Caj-caj tertentu seperti kos perjalanan (0.50/KM) dan tempat tinggal (RM 100/malam @ disediakan) akan dikenakan bagi pelanggan luar Kota Bharu.
Bagaimana caranya untuk membuat tempahan?
Anda boleh membuat tempahan melalui 3 cara iaitu :
a ) Datang ke studio kami. Sila hubungi kami di talian 09.7448.748 (Office), 019.211.46.96 (Bard Zain), 019.954.45.69 (Arif) untuk membuat temujanji. Anda boleh melihat sendiri hasil kerja kami melalui contoh-contoh gambar dan album-album yang disediakan seterusnya mengisi borang yang disediakan. Cara ini adalah yang paling efektif, cepat dan mudah.
b) Tempahan online. Bagi pelanggan luar Kota Bharu, anda boleh mengisi borang tempahan yang disediakan di SINI
c) Hubungi kami. Anda juga boleh menghubungi mana-mana nombor di atas untuk membuat tempahan. Kami akan membantu serta menerangkan maklumat kepada anda mengenai pakej-pakej yang disediakan.
Selepas persetujuan dan tempahan dibuat, deposit sebanyak 30 % akan dikenakan. Baki selebihnya akan dikenakan 40 % selepas tamatnya majlis dan 30 % sebelum proses percetakan album.
Bagi pelanggan luar Kota Bharu, proses penghantaran album ke tempat anda adalah percuma menggunakan sistem courier yang dijamin selamat.
Bagaimanakah caranya untuk membuat pembayaran?
Pembayaran boleh dibuat melalui 2 cara iaitu :
a) Datang ke studio kami. Bayar terus kepada mana-mana staf kami. Cara ini adalah yang paling efektif, cepat dan mudah.
b) Bayar secara online. Bagi pelanggan kami yang berada di luar Kota Bharu, anda boleh membuat pembayaran terus ke akaun Maybank kami. Sila maklumkan kepada kami sejurus selepas membuat pembayaran ke email kami, booking@bonsaiphotostudio.com dengan menyatakan jumlah bayaran, tarikh dan masa transaksi.
Nama Bank : Maybank Berhad
Nama Akaun : Bonsai Photostudio
No Akaun : 5530-3802-6210
Berapa lamakah masa yang diperuntukkan sesebuah album disiapkan?
Tempoh masa yang diperlukan 90 hari bagi album jenis storybook/custom bergantung kepada waktu peak season (cuti umum) dan offpeak season (hari biasa). Ini adalah jangka masa yang standard bagi mana-mana fotografer untuk menjaga kualiti serta kepuasan hati pelanggan. Di Bonsai Photostudio, fotografer kami sendiri adalah penyunting/editor. Kerja-kerja penyuntingan/editing dilakukan sendiri oleh fotografer-fotografer kami untuk menjaga kualiti dan kekemasan produk akhir. Proses tersebut termasuklah proses pemilihan gambar (100 kpg daripada 500 hingga 1000 kpg) untuk printing sehinggalah proses mereka layout bagi storybook/custom album.
Adakah tempahan boleh di batalkan?
Tempahan boleh dibatalkan tetapi wang pendahuluan sebanyak 30 % tidak akan dikembalikan.

